Monday, January 5, 2009

islamic

{ LALUAN MENUJU KE KUBUR }
> * Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
> * Hindarkan perasaan iri hati ( benci )
> * Jangan terpengaruh dengan harta dunia
> * Sucikan qadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil )
> LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL

> * Bersihkan diri dgn bertaubat
> * gembirakan hati orang mukmin
> * Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
> *
Kasih sepenuh hati pada ALLAH Ta'ala
> LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
> * Mengucap dua kalimah syahadah
> * suka memberi Sedekah
> * Berkata Benar
> * Bersihkan dan perbaiki diri
> LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
> * Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
> * Sucikan perkataan dan pakaian
> * Bersyukur dgn yang sedikit
> * Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh ALLAH
> LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
> * Jauhkan perkataan sia-sia
> * Pendekkan cita-cita dunia
> * Banyakkan puji pujian kepada ALLAH
> * Banyakkan sedekah dan khairat
> LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
> * Kasihanilah aulia ALLAH Ta'ala
> * Berbaktilah pada ibu bapa
> * Berpegang teguh pada hukum syarak
> * Bercakap perkataan yang baik sesama manusia
> LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
> * Banyakkan membaca al-quran
> * Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
> * tinggalkan perkara yang
maksiat
> * Jauhkan segala yang
haram
> LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
> * membuat kebajikan seberapa yang boleh
> * Kasihi orang yang soleh
> * kerjakan segala suruhan ALLAH
> * Merendahkan diri di antara sesama makhluk
> LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
> * kasihilah nabi ALLAH Taala
> * kasihilah Rasullullah
> * tuntutilah yang difardukan oleh ALLAH Taala
> * banyak selawat Nabi SAW
> LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
> * Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH Taala
> * Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH Taala
> * betulkan dan baikkan i'tikad kepada ALLAH Taala
> * Bencikan segala yang diharamkan Allah."
> KEJAYAAN HANYA DI DALAM AGAMA. TAAT PERINTAH ALLAH. IKUT SUNNAH NABI S.A.W

ayah anak dan paku

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari,
bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah,
kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini,
bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja,
pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari,
di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari,
Dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
"Kau telah melakukannya dengan baik,
anakku,
tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut,
tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.
Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah,
ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka,
sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah,
tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,
namun lukanya masih tetap ada.
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar,
berkongsi suka dan duka dan sentiasa
membuka hatinya kepada kita.
"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."



{ngerinya neraka }
Wahai sahabatku....

Firman Allah,
maksudnya...
" Dan tiada seorang pun daripadamu melainkan mendatangi neraka. Hal ini bagi tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan. Kemudian kami akan menyelamatkan orang yang bertakwa dan membiarkan orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut"
(Surah Maryam ayat 71-72)
Adakah sahabatku akan tergolong dari orang yang memasuki neraka atau terselamat daripadanya.
Marilah kita sama-sama renungi kengerian neraka.
Rasulullah S.A.W bersabda,
Maksudnya,
"Sesungguhnya yang paling ringan siksaan bagi penduduk neraka kiamat iaitu orang tersebut memakai dua kasut dari api neraka lalu mendidihlah otaknya kerana kepanasan kasutnya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda,
Maksudnya,
"Allah memerintahkan untuk menyalakan api neraka selama 1000 tahun sehingga menjadi merah,kemudian dinyalakan lg api selama 1000 tahun sehingga menjadi berwarna putih, kemudian dinyalakan lagi 1000 tahun menjadi warna hitam iaitu hitam kegelapan.
Ibnu Abbas berkata, Rasullullah S.A.W bersabda,
maksudnya,
sekiranya setitis dari makanan zaqum(buat penduduk neraka) itu dititiskan pada segenap lautan dunia maka akan rosaklah penduduk dunia. Bagaimanakah keadaan orang yang makan makanan tersebut.
(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
Firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat 15,
maksudnya,
" sebagaimana orang yang kekal dalam neraka dan diberi minum dengan air mendidih lalu terputus ususnya".
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Kahfi ayat 29,
maksudnya,
"Sesungguhnya kami menyediakan bagi mereka yang zalim itu berupa neraka yang nyalaannya mengepung mereka, dan jika mereka meminta air minum nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat berehat yang paling buruk".
Itulah gambaran makanan dan minuman mereka yang zalim dan berdosa yang Allah s.w.t sediakan di dalam neraka.
Firman Allah s.w.t dalam surah An Nisa' ayat 56,
maksudnya,
" Sesungguhnya mereka yang kafir dengan ayat-ayat kami kelak akan kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, kami akan gantikan kulit mereka dengan kulit yang lain agar mereka merasakan siksaan. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana".
Allah s.w.t juga ada menggambarkan tubuh orang yang memasuki neraka, , Allah akan menambahkan ketinggian dan kelebaran tubuh mereka agar mereka merasakan hebatnya siksaan api neraka . Ahli neraka juga akan disengat kala jengking dan ular-ular yang mematuk seluruh tubuh...
Wahai sahabatku,
Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah s.w.t supaya diselamatkan dari azab api neraka. Perbaikilah amalan seharian, lakukan yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan tinggalkanlah larangannya..
sesungguhnya aku sememangnya seorang HAMBA..
yang lari dari melakukan dosa dan salah
ya ALLAH jadikan lah sikap ku seperti sikap seorng hamba yang taat pada tuannya..
ya ALLaH, pelihara la aku, ibu bapa ku, adik beradik ku, kluarga ku, guru2 ku, sahabat2 ku dan seluruh umat nabi Muhammad saw..



{lawak ka???????}

Kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...

kalau tidak......
Allah saja yang tahu...
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk lelaki yang menutupi
seluruh tubuhdua orang nyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa
cuma dua biji
mata
dan membawa mesin gun...

lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup
MATI
kerana ALLAH
sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki
itu maka segeralah
bertempiaran lari para jemaah itu utk
menyelamatkan
diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing
termasuk Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya
lalu melihat ke arah Pak Imam sambil

berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.
selain terhibur anda fikirlahlah...
" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..

amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu yang lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan,
ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis
oleh surat khabar
daripada apa yang tercatit didalam al Quran"
"Lawak kan , berap
a ramai yg percaya dunia hanya
sementara
, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi
berlumba-lumba
mengejar dunia
"





Teka teki imam Al-Ghazali
"Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 =
' Guru '
Murid 3 =
' Teman '
Murid 4 = '
Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.
Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '

Murid 3= 'Bumi'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'
IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'
Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun
'
Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '
Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri





{9 mimpi RASULALLAH }
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh
KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang. .
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNY A DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.





{akhwat }
akhwat sejati bukanlah dilihat dari sifatnye dalam bergaul,,tetapi dari sejauh mana ia bisa menjaga kehormatan dalam bergaul..
= akhwat sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya,,tetapi dari kecantikan hati yang ada di baliknya..
= akhwat sejati bukanlah dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian,,tetapi dari sejauh mana ia
berani mempertahankan kehormatannya..
= akhwat sejati bukanlah dilihat dari sberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani,,tetapi dari sejuh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur..
= akhwat sejati bukanlah dilihat dari kekhawatirannya digoda orang dijalan,,tetapi dari
kekhawatiran dirinya lah yang mengundang orang lain jadi tergoda..
= akhwat sejati bukanlah dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempersona,,tetapi dari sejauh mana ia menutupi tubuhnya itu..
= akhwat sejati bukanla dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya,,tetapi dari apa yang
dibicarakan mulutnya..
= akhwat sejati bukanlah dilihat dari kemampuannya berbahasa,,tetapi dari bagaimana caranya ia
berbicara..
= akhwat sejati bukanlah dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan,,tetapi dari keikhlasannya memberikan kebaikan tersebut..

ramai-ramai kite renung sejenak....




{kisah seorang pemuda}
Ada seorang pemuda yang lama belajar
di luar negeri
, kembali ke tanah
air. Sesampainya di rumah ia meminta
kepada orang tuanya untuk mencari
seorang guru
agama
, atau sesiapa sahaja yang
boleh menjawab 3 pertanyaannya
akhirnya orang tuanya mendapatkan orang tesebut yang bernama kiyai,

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa
menjawab pertanyaan- pertanyaan
saya?
Kiyai :
Saya hamba Allah dan dengan
izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan
Profesor dan ramai orang yang pintar
tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai :
Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang
dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka
memiliki unsur yang sama। Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

"tiba-tiba kiyai menampar pipi pemuda itu dengan kuatnya"
pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa
anda marah kepada saya?
Kiyai :
Saya tidak marah...Tamparan itu
adalah jawapan saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada
saya
.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak
mengerti.
Kiyai :
Bagaimana rasanya tamparan
saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai :
Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai :
Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Kiyai : Itulah jawapan pertanyaan
pertama...
kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat

Kiyai :
Apakah tadi malam anda
bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan
dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai :
Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai :
Terbuat dari apa tangan yang
saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai :
Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai :
Bagaimana rasanya tamparan
saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai :
Walaupun syaitan dijadikan dari
api dan neraka juga terbuat
dari api, jika Allah menghendaki maka
neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan
untuk
syaitan




{cinta}
Perit jerih mencengkam jiwa,
Hati rapuh siapa yang tahu,
Apakah benar cinta itu buta,
Sudah segan mati tak mahu.
Gurindam jiwa pengubat rindu,
Irama gamelan pembuka kata,
Hati merana bagaikan hempedu,
Bila berduka sakitnya jiwa.
Cinta pertama cinta sejati,
Ikatan naluri tandanya suci,
Jika benar cinta tak berganti,
Mengapa ada yang terus disakiti?

Cinta ikhlas sememangnya indah,
Idaman hati setiap manusia,
Jika benar selalu bergundah,
Mengapa harus lahirnya cinta?
Hati kebal menahan pedih,
Sakit jiwa mengenang akal,
Orang bercinta selalu bersedih,
Untuk kekal betul ke terkial-kial?
Jiwa tenang mengenang budi,
Menjunjung kasih bersimpul mati,
Sudah terluka di lubuk hati,
Takkan dilupa biar dah pergi.
Ombak dan duri sebagai penghalang,
Melayani cinta ditinggal pergi,
Takkan dibiar takkan terulang,
Hanya berserah pada Illahi.



Di hari kiamat......
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yangbernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.' '
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibu bapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid
Kelima, orang yang suka minum arak.'








{dosa berkuku panjang }
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kebersihan dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
KEBERSIHAN SEPARUH DARIPADA IMAN







Setelah tragedi berdarah di Gaza pada Awal Muharam 1430 yang lalu, kedatangan wakil Malaysia telah pergi ke sana dan bertanyakan bantuan apakah yang dapat disumbangkan ,namun tahukah jawapan yang diberikan..? Difikirkan pasti sekian-sekian bentuk bantuan yang akan diminta dan boleh disalurkan namun jawapan yang diberikan, “Pergilah kamu pulang ke tanah airmu. Didiklah anak-anakmu sebaik mungkin agar jika kami semua sudah tiada untuk mempertahankan bumi Palestin ini maka nanti adalah dikalangan kamu(saudara seislamku) bangun ke medan juang ini dan mempertahankan sehabis kudratmu,” Duhai sahabatku, Mereka di sana mati berdiri, mereka berjuang biar pun habis batu dan kayu mereka lemparkan! Walaupun dengan hanya itu yang mereka mampu lakukan. !takbir!! AllahuAkbar!!!!!!
sekarang ini apa pulak pertolongan yg mampu kita berikan????
doa adalah senjata yang paling mujarab bg orang yang beriman...
bagi aku pulak sll mendoakan agar saudara aku disana dilindungi Allah
amin.....
aku harapkan dalam tragedi di palastin nie,
akan dapat menyatukan smua negara2 arab dan smua ummat NABI MUHAMMAD bersatu menentang musuh islam
seperti israil dah amarika!!!!!!!!!!
itu doa aku dan itu harapan aku









{surat ku untuk hamba ALLAH }
Aku melihatmu kemarin,
saat engkau memulai aktiviti harianmu.
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah"
sebelum memulakan santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Isya' sebelum berangkat ke tempat tidurmu.
Kau benar2 orang yang bersyukur,
Aku menyukainya Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihat mu tidak merubah cara hidupmu.
Hai Bodoh, Kamu millikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
dan aku masih belum pernah mencintaimu .
Malah aku masih membencimu,
karana aku benci Allah.
Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendam ku kepada \Allah.
Dia sudah mencampakkan aku dari surga,
dan aku akan tetap mempergunakan mu sepanjang hayatmu untuk membalas dendam ku..
Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki perancangan untuk mu dihari depan.
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,
dan aku akan membuat kehidupan mu seperti di neraka.
Sehingga kita akan bersama berdua dan ini akan menyakiti hati ALLAH
Aku benar-benar berterimakasih padamu
karana aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi perancang dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani
Kita nonton filem 'lucah' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,munafik,makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menikam orang dari belakang,
tidak hormat pada orang tua ,Tidak menghargai Masjid, melakukan perkara buruk.
SEMESTINYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.
Ayuhlah,
wahai bodoh kita terbakar bersama, selamanya.
Aku masih memiliki perancangan yang hebat untuk kita.
Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.Aku ingin
mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkan aku
menggunakan hampir kesemua masa hidupmu.
Kamu memang sangat senang diperbodohkan,
aku mentertawakan mu. Di Saat kau tergoda melakukan dosa kamu aku turut berketawa .Dosa sudah mula menyelubungi hidupmu.
Kamu sudah 20 tahun lebih tua,
dan sekarang aku perlu darah muda.
Jadi, pergi menghasut dan mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.
Yang perlu kau lakukan adalah, mabuk, berbohong,berjudi,bergosip, dan hiduplah semegah yang mungkin.
Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka,dan biarkan anak mereka mengikut apa yg kamu lakukan.
Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.Aku akan kembali tak lama lagi untuk menggoda mu lagi.
Jika kau cukup bijak, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.Dan hidup untuk Allah dengan sisa umur mu yang tinggal sedikit.
Mengingatkan orang bukan tabiatku,
tapi diusiamu sekarang ni yang tetap melakukan dosa,
sepertinya memang agak pelik.
Jangan salah sangka,
aku mas
ih tetap membencimu.

Hanya kau saja harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.
Peringatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini kepada sesiapa



Adab ketika mendengar azan
Di riwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.' Ini jelas menunjukkan,Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan Berkumandang. Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan - Banyak fadhilatnya. Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan Kelunya lidah Kitasemasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .